fbpx

Piala Dunia: Brazil galas misi buru trofi keenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR

TIDAK ada mana-mana pasukan yang pernah menjulang trofi Piala Dunia sebanyak lima kali selain Brazil selepas pentas berprestij dunia itu diperkenalkan buat kali pertama pada 1930.

Selepas memenangi trofi tersebut buat kali terakhir pada 2002 yang berlangsung di Korea Selatan dan Jepun, skuad Selecao itu tidak pernah melayakkan diri ke perlawanan akhir dalam edisi-edisi seterusnya.

Bagaimanapun, berdasarkan senarai pemain yang dibawa pada saingan Piala Dunia Qatar 2022, Brazil diletakkan sebagai pilihan utama dan dijangka mampu merekodkan kejuaraan buat kali keenam.

Beberapa badan pemerhati bola sepak menganggap skuad kendalian Tite itu memiliki kekuatan hampir sempurna di semua posisi walaupun masih ada beberapa pasukan yang mampu memberikan cabaran.

Jika dilihat pada jentera sera­ngan yang dimiliki Brazil, mereka boleh dikatakan cukup berbisa apabila dibarisi bintang Paris Saint-Germain, Neymar serta beberapa pemain lain termasuk penyerang sensasi Real Madrid, Vinicius Junior.

Motivasi pasukan tersebut boleh dianggap berada pada tahap terbaik bagi menghadiahkan kejuaraan kepada Neymar yang menganggap Piala Dunia kali ini merupakan penampilan ter­ak­hirnya beraksi pada kejohanan itu.

Untuk rekod, Brazil masih belum tewas dalam 15 perlawanan terakhir selepas mereka dikecewakan Argentina 0-1 pada perlawanan akhir Copa America 2021 yang berlangsung di Stadium Maracana, Julai tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI