fbpx

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadam kebakaran dua buah rumah di Jalan Selat di Teluk Intan hari ini.-Ihsan JBPM

Oleh ASLIZA MUSA

TELUK INTAN – Seorang lelaki berusia 78 tahun ditemui rentung dalam kebakaran dua buah rumah di Jalan Selat di sini pagi ini.

Dalam kebakaran pada pukul 4.30 pagi itu, mayat Tan Ah Lang @ Tan Ah Leng dijumpai di atas katil di dalam bilik di satu daripada dua buah rumah yang terbakar itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.42 pagi.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, dua rumah dua tingkat itu sedang marak terbakar dan operasi pemadaman segera dijalankan.

“Kebakaran itu membabitkan sebuah rumah yang musnah terbakar 90 peratus manakala sebuah lagi rumah terbakar 10 peratus.

“Seorang lelaki ditemui rentung di dalam sebuah bilik di bahagian tengah rumah pada pukul 6.30 pagi. Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi tersebut turut mendapat bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI