fbpx

Pengurus FPL terus tuai habuan bersama Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL FITRI ALI

Rezeki sentiasa murah bersama Kosmo!

TERIMA kasih Kosmo!.

Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Khairul Fitri Ali @ Khalid yang sentiasa meraih rezeki dengan akhbar kegemarannya itu.

Kali ini, pengurus Liga Fantasi Kosmo! 2022/23 itu muncul antara pemenang mata ming­guan tertinggi bagi saingan minggu ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Saya memang setia dengan Kosmo! sebab banyak rezeki dapat bersama akhbar ini. Ini kali pertama menang Liga Fantasi Kosmo!, tetapi sebelum-sebelum ini banyak dah dapat dalam peraduan-pera­duan Kosmo! yang lain.

“Memang tak jangkalah menang antara mata mingguan tertinggi. Rasa berbaloi dan bagus apabila Kosmo! anjurkan pertandingan seperti ini,” kata­nya yang berasal dari Batu Caves, Selangor.

Pembantu stor perubatan di Universiti Teknologi Mara kampus Sungai Buloh itu merasakan pemilihan penyerang Liverpool, Darwin Nunez sebagai kapten adalah faktor utama kemenangannya itu.

“Saya dapat rasakan Nunez akan menjadi minggu ini sebab itu saya pilih dia berbanding (Erling) Haaland dan (Harry) Kane,” kata peminat Manchester United itu.

KENT WONG

Pengalaman lebih 6 tahun dalam FPL jadi sandaran Kent

PERANCANGAN teliti pada setiap minggu membawa tuah kepada Kent Wong apabila muncul sebagai pemenang tertinggi Liga Fantasi Kosmo!.

Pengalaman lebih dari enam tahun dalam saingan Fantasy Premier League (FPL) tidak memberi masalah kepada Kent Wong untuk mencongak strategi permainan sekali gus bertekad untuk memburu mata tertinggi.

Meskipun carta mingguan bukan fokus utamanya, namun Kent Wong bersyukur apabila mampu berada dalam senarai tertinggi biarpun saingan minggu lalu benar-benar sukar.

“Ini kali pertama saya sertai Liga Fantasi Kosmo! kerana terlihat iklan mengenai saingan ini. Saya akui bukan mudah untuk berada tangga teratas carta ming­guan mahupun keseluruhan.

“Jadi, percaturan pemilihan pemain haruslah dibuat dengan baik sekiranya tidak ketinggalan dalam carta. Macam saya, adalah fokus adalah untuk memburu mata keseluruhan jadi tidak boleh tukar pemain terlalu ramai.

“Saya suka dengan FPL mungkin disebabkan minat mendalam, jadi pemilihan pemain amat teliti. Apapun, saya gembira kerana masih mampu mengutip mata tertinggi mingguan meskipun saingan mencabar dengan kehadiran pengurus lain,” ujarnya.

AZWAN KHAIRUL ANWAR

Duit poket pulang mengundi

PEMILIHAN Kicap Manis FC sebagai pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo! pada minggu ke-16 memberi ‘token’ awal buat pengurusnya, Azwan Khairul Anwar untuk pulang ke Kedah bagi me­laksanakan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini.

Pemilihan Danny Ward, Miguel Almiron dan Harry Kane menjadi percaturan berbaloi dan sesuatu yang mengejutkan pada penyertaan sulung.

“Dari segi pemilihan, saya lebih kepada pemain Manchester City. Saya pilih Kane sebagai kapten bagi mencari kelainan kerana yakin pemain lain pasti pilih Erling Haaland.

“Kalau ikutkan, setiap ming­gu saya cuba meraih mata lebih banyak berban­ding mata purata. Namun, untuk kejar kedudukkan lebih baik, saya kena buat kelainan.

“Agak mengejutkan apabila diumumkan sebagai pemenang mingguan. Sekurang-kurangnya hadiahnya nanti dapatlah saya tampung belanja untuk balik kampung untuk PRU15,” jelasnya.

HAKIM MULYADI

Kapten Kane, pertahanan Newcastle jadi penyelamat

PERANCANGAN teliti pada setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ternyata membawa tuah kepada pengurus, Muhammad Hakim Mulyadi apabila mengutip antara mata mingguan tertinggi Liga Fantasi Kosmo! 2022/23.

Pengurus yang sudah berjinak-jinak dengan dunia Fantasy Premier League (FPL) sejak tiga tahun lalu itu memilih untuk mempertaruhkan penyerang sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane sebagai kapten pasukan Kim_HM FC.

“Saya sudah menyertai FPL sejak tiga musim dan bukan mudah sebenarnya untuk menang saingan ini. Selain Kane, saya rasa pemilihan dua pemain pertahanan Newcastle antara sebab juga saya menang.

“Saya gunakan Kieran Trippier dan Fabian Schar di bahagian pertahanan selain (penjaga gol Arsenal) Aaron Ramsdale yang kesemua mereka mendapat mata clean sheet untuk minggu ini.

“Saya peminat Chelsea tetapi saya dapat rasakan Newcastle boleh menang dan tidak bolos. Sebabnya adalah serangan Chelsea tak begitu menjadi sejak ke­belakangan ini,” katanya.

Kini, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan di Universiti Utara Malaysia itu mengharapkan tuah kali kedua apabila saingan EPL kembali berlangsung selepas tamat kempen Piala Dunia Qatar 2022.

FIRHAN ROSELI

Percaturan tanpa Haaland bawa tuah

PENGURUS skuad Kalidouuuu, Firhan Roseli mengakui cukup teruja dapat meraih ‘durian runtuh’ selepas muncul antara Top 5 pemenang Liga Fantasi Kosmo! buat kali kedua musim ini.

Menurut Firhan, kepercayaan penuh yang diberikan kepada dua pemain pasukan Leicester City, Danny Ward dan Harvey Barnes telah membuahkan hasil dengan memberikan mata cukup tinggi.

Selain itu, Firhan turut membuat kelainan di posisi serangan dengan meletakkan Darwin Nunez dan Harry Kane berbanding pemain ke­gemaran ramai, Erling Haa­land.

“Saya sangat gembira dapat meraih slot Top 5 buat kali kedua pada minggu kali ini (GW16) selepas meraih kedudukan yang sama pada GW10 bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI