fbpx

PRK mungkin diadakan di Parlimen Padang Serai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Padang Serai mungkin akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M. Karupaiya hari ini.

Pensyarah Undang-undang dan Polisi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Muhammad Fathi Yusof berkata berkata, PRK tersebut bakal diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selesai pada 19 November ini.

“Merujuk kepada Peraturan Perjalanan Pilihan Raya Peraturan 11 (6), SPR perlu membuka semula pencalonan baharu di kawasan tersebut bagi membolehkan calon lain dipilih.

“Keputusan tersebut boleh dibuat setelah pihak SPR mengadakan mesyuarat dan arahan baharu boleh dibuat untuk menetapkan tarikh baharu penamaan calon, tempoh berkempen serta pilihan raya di kawasan tersebut,” jelasnya kepada Kosmo! semalam.

Tambahnya lagi, calon-calon parti lain yang bertanding juga boleh mengekalkan dan menggunakan calon lain selepas arahan baharu dikeluarkan oleh SPR nanti.

“Undi awal juga akan terbatal kerana tidak adil dan proses undi awal akan dilakukan sekali lagi,” katanya.

Terdahulu, Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Padang Serai M. Karupaiya disahkan meninggal dunia semalam selepas dimasukkan ke hospital dipercayai mempunyai masalah jantung.

Mendiang merupakan penyandang kerusi tersebut sebelum ini dan bakal membuat penampilan pada PRU15 19 November nanti.

Berikutan adalah senarai calon bagi kerusi P017 Parlimen Padang Serai :

Datuk C. Sivarrajh (BN/MIC)

Datuk Azman Nasrudin (PN)

Karupaiya (PH/PKR)

Hamzah Abd. Rahman (GTA/Putra)

Mohd. Bakhri Hashim (Warisan)

Ananda Ak (Bebas)

Pengundi Berdaftar: 133,867

Penyandang: Karupaiya Mutusami (PH)

– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI