fbpx

RM1.3 juga bina tapak khairat kematian masyarakat India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (tengah) selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Tapak Khairat Masyarakat India di Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.3 juta bagi membina tapak khas bagi mengendalikan upacara khairat kematian masyarakat India di Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini.

Pembinaan tapak khas itu bagi memenuhi keperluan masyarakat India khususnya di sekitar kawasan Masai dan Pasir Gudang yang berdepan isu itu sejak 20 tahun yang lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembinaan tapak khas berkenaan dijangka akan memakan masa dua tahun untuk disiapkan.

Beliau berkata, tender pembinaan tapak khas itu sudah dikeluarkan dan pelaksanaan kerja pembinaan akan dimulakan dalam tempoh terdekat.

“Usaha berkenaan secara tidak langsung menggambarkan inisiatif kerajaan negeri bagi mengatasi isu yang timbul dalam kalangan masyarakat India dan meningkatkan keselesaan mereka.

“Ia membantu mengatasi permasalahan sekaligus menggambarkan keprihatinan kerajaan negeri. Kami berharap kemudahan berkenaan digunakan dengan sebaik mungkin kelak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Tapak Khairat Masyarakat India di Tanjung Langsat, di sini hari ini.

Menurut Onn Hafiz pembinaan tapak khas berkenaan sepatutnya dibina lebih awal namun ia ditangguh berikutan pertukaran pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata, pelaksanaan berkenaan akan diteruskan sebagai legasi usaha dan inisiatif bekas Menteri Besar dari kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Hindu Sangam negeri, K. Vijayan berkata, sebelum ini upacara yang biasa dijalankan waris si mati diadakan di merata tempat dan ia dikhuatiri mengancam keselamatan.

Jelasnya, kewujudan tapak berkenaan yang pertama di negeri ini di kawasan seluas 0.4 hektar itu, keluarga si mati juga tidak perlu menanggung kos tinggi bagi menjalankan upacara terbabit.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri yang meluluskan tapak dan peruntukan berkenaan. Kami berharap kerajaan negeri terus mengambil pendekatan berkenaan seumpama ini bagi memperkasakan masyarakat India,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI