fbpx

Liga Super: Terengganu bangkit kecewakan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Pahang, Fazly Mazlan (kanan) mengasak penyerang import Terengganu, Dominique Da Sylva pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus kelmarin.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSUFF

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) bangkit dari ketinggalan untuk mengalahkan Pahang 2-1 dalam aksi ‘derby’ Pantai Timur di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu memastikan anak-anak buah Mohd Nafuzi Zain menamatkan Liga Super musim ini di memungut 19 mata di kedudukan ketiga di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah.

Awal permainan disajikan peluang terbaik TFC menyaksikan bola lambungan Lee Tuck pada minit ke-10 singgah di kaki Dominique Da Sylva namun sepakan lemahnya berjaya ditepis Helmi Eliza Elias.

Kesempatan itu diambil Pahang untuk membuka tirai jaringan menerusi sepakan jarak jauh Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim yang mengelirukan penjaga gol TFC, Rahadiazli Rahalim pada minit ke-12.

Memasuki minit ke-15, kedudukan menjadi 1-1 setelah TFC diberikan sepakan penalti ekoran kekasaran Helmi ke atas Da Sylva dan penyerang Mauritania itu kali ini tidak mensia-siakan peluang tersebut.

Pintu gol Pahang diuji lagi pada minit ke-19 mujur ketua pasukan, Muslim Ahmad, sempat menghadang tolakan Lee Tuck yang menerima umpanan Faris Ramli dari sebelah kiri.

Aksi rancak menuju rehat begitupun diganggu insiden kad kuning kepada bek tengah TFC, Argzim Redzovic, serta pemain Pahang, S. Kumaahran, disusuli kecederaan Adam Reed dan Zuhair Aizat Nazri.

Kepincangan Pahang memberi ruang buat TFC yang memiliki peluang menambah jaringan namun tandukan Nasrullah Haniff Johan pada minit ke-55 sekadar tersasar.

Enam minit selepas itu TFC hampir memperoleh gol kedua tetapi usaha Da Sylva dinafikan Helmi manakala tindakan susulan Faris dikeluarkan Mohd. Faisal Rosli di atas garisan gol.

Serangan bertali arus TFC membuahkan hasil apabila hantaran leret Azam Azmi Murad dari sebelah kanan disambar Lee Tuck pada minit ke-82 dan kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI