fbpx

PRU15: Pembohongan pembangkang di media sosial pengaruh pengundi muda – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI beramah mesra dengan orang ramai pada majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Mengkarak Stesen di Dewan Mengkarak Stesen di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembohongan yang dilakukan pemimpin pembangkang melalui media sosial perlu diberi perhatian kerana mampu mempengaruhi pengundi muda.

Sehubungan itu beliau berkata, dalam waktu akhir kempen ini semua jentera Barisan Nasional (BN) perlu lebih proaktif menjawab dan menerangkan kepada pengundi muda segala dakwaan pembangkang selain menerangkan manifesto BN.

“Yang lebih penting menerangkan kepada rakyat terutama melibatkan manifesto yang saya sebutkan itu adalah sebahagian besar dalam Bajet 2023, maknanya kita jual produk yang baik pasti orang akan menerima kita.

“Saya sudah beritahu tidak perlu hendak serang poeribadi sesiapa, yang penting mereka menerima kita dengan apa kita janjikan untuk mereka,”katanya dalam sidang akhbar pada
majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Mengkarak Stesen di Dewan Mengkarak Stesen di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri beliau percaya golongan muda akan menyokong BN walaupun banyak pihak cuba mengelirukan mereka dengan pelbagai dakwaan yang tidak benar.

Katanya, dengan pendekatan mendekati golongan muda dan memberikan penerangan serta menjawab segala isu dapat memastikan golongan muda yakin keupayaan kerajaan BN.

Dalam pada itu beliau berkata, dari segi janji sudah tentu rakyat lebih percaya kepada BN yang telah terbukti selama 60 tahun membangunkan negara dan menjaga rakyat.

Ujarnya, berbanding pembangkang mereka telah terbukti gagal mengotakan janji ketika memerintah negara selama 22 bulan yang menyaksikan pelbagai inisiatif kepada rakyat dihentikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI