fbpx

‘Leona! kertas undi tidak didedah, ditayang-tayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang memuat naik video menunjukkan gambar kertas undi PRU15 di media sosial telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai.

PETALING JAYA – Tindakan anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang memuat naik video menunjukkan gambar kertas undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di media sosial telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok milik Leona, dia dilihat memegang kertas undi yang memaparkan nombor siri dan maklumat pada kertas undian tersebut.

Sejurus video itu telah tular, majoriti besar orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi dan mengkritik tindakan pempengaruh itu.

“Leona, kertas undi tidak boleh didedahkan kerana ada akta dan peraturan yang perlu dipatuhi, baik awak padam sebelum terlambat,” komen seorang pengikutnya di TikTok.

“Awak tidak sepatutnya mendedahkan kertas undi secara umum begitu sahaja apatah lagi kertas undi tersebut mengandungi nombor siri,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

“Bila pertama kali mengundi sampai kertas undi pun ditayang, ini masalah Gen Z bila mengundi, kalau boleh hendak dibuat siaran langsung ketika mengundi,” komen pengguna yang lainnya.

Dalam sudut pandang lain, terdapat juga orang ramai yang berpendapat tindakan itu tidak menjadi kesalahan kerana kertas undian tersebut masih lagi kosong dan tiada tanda pangkah pada mana-mana parti yang dipilih.

“Biarlah dia hendak tunjuk sebab dia belum tandakan apa-apa lagi di kertas undi, lagi pula undi bukan rahsia lagi apabila ada nombor siri, jadi mereka boleh tahu kalian mengundi siapa,” tulis pengguna TikTok itu.

“Mungkin dia teruja sangat kot, lagipun saya rasa tiada salah apapun memandangkan kertas undian tidak ditanda lagi,” komen pengguna yang lainnya.

Untuk rekod, Leona kini sedang melanjutkan pengajiannya di United Kingdom dan terpaksa membuat undian pos bagi PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI