fbpx

PRU15: Sultan Johor perkenan cuti ganti Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim.

ISKANDAR PUTERI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menjadikan 20 November ini sebagai hari cuti gantian bagi negeri ini sebagai penghargaan kepada rakyat yang keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengumuman cuti ganti itu bertujuan menggantikan Hari Pelepasan Am pada 18 November, yang mana merupakan hari minggu di negeri ini.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri telah mengumumkan Hari Pelepasan Am pada 18 dan 19 November 2022 iaitu Jumaat dan Sabtu ini.

“Bagi Hari Pelepasan Am yang jatuh pada 18 November, setelah mendapat perkenan Sultan Johor, kerajaan negeri bersetuju menggantikannya dengan cuti gantian pada 20 November 2022 iaitu hari Ahad ini.

“Ini juga sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Johor yang keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, undi setiap penduduk Johor penting dalam memastikan proses demokrasi dan pembangunan negara terus berkembang.

“Ini adalah demi kesejahteraan hidup rakyat di Johor dan Malaysia amnya, melangkaui tempoh lima tahun akan datang,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI