fbpx

PRU15: 11,000 pelajar UniSZA pulang mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA NERUS – Hampir 11,000 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dijangka pulang ke kampung malam ini bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di lokaliti masing-masing.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Hafiz Yusoff berkata, sebahagian besar daripada pelajar terbabit merupakam pengundi kali pertama.

Menurutnya, UniSZA menyokong inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi peluang kepada pelajar memainkan peranan dalam memilih kerajaan.

“Seperti ketetapan KPT, pelajar kami akan bercuti lima hari bermula Khamis ini (esok) sebelum kembali ke kampus untuk menyambung kuliah pada Selasa depan.

“Berdasarkan maklum balas terhadap 13,000 pelajar UniSZA, dianggarkan hampir 11,000 akan balik mengundi bermula malam ini (semalam) kecuali pelajar dari Sabah dan Sarawak.

“Mereka sangat teruja dan selari dengan kebenaran untuk pelajar berpolitik dan Undi18, UniSZA memberi peluang mereka mencorak masa depan negara dengan matang,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI