fbpx

Mahkamah: Pengurus besar PHB didakwa subahat tipu tuntutan RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Anuar ketika tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pengurus besar Syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan bersubahat menipu PHB untuk bayaran tuntutan lebih RM1.2juta, dua tahun lalu.

Ini melibatkan kerja-kerja tidak pernah dijalankan bagi projek pembinaan pusat beli belah tujuh tingkat di Terengganu.

Tertuduh, Khairul Anuar Abd Samad, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Khairul Anuar didakwa bagi semua pertuduhan dengan bersubahat bersama perunding syarikat pembinaan berusia 43 tahun bagi menipu PHB iaitu membantunya dengan menandatangani sijil pengesahan pembayaran bertarikh 16 November 2020 dan 22 Januari 2021.

Ini bagi meluluskan pembayaran tiga tuntutan berkala oleh Syarikat Gafis (M) Sdn. Bhd. berjumlah RM1.2 juta untuk kerja-kerja ujian penerimaan kilang (FAT) membabitkan beberapa peralatan sehingga mendorong PHB membayar kepada syarikat tersebut pada 9 Disember 2020 hingga 15 Februari 2021.

Tuntutan itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan hampir RM46 juta.

Perbuatan itu dilakukan di Dataran PHB, di sini pada 1 Disember 2020 hingga 8 Februari 2021.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 420 kanun sama.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 bersama penjamin dan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tertuduh diwakili Peguam Mohd Fikah Sanusi tidak membantah cadangan tersebut.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM60,000 bersama penjamin dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan. Sebutan semula kes pada 25 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI