fbpx

Ramalan PH menang 87 kerusi tidak benar – Ilham Centre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laporan akhir cerapan lapangan berhubung PRU15 yang didakwa dikeluarkan oleh badan penyelidik, Ilham Centre adalah tidak benar.

PETALING JAYA – Laporan akhir cerapan lapangan berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang didakwa dikeluarkan oleh badan penyelidik, Ilham Centre adalah tidak benar.

Pengarah Eksekutifnya, Hisommudin Bakar berkata, sebarang sebaran daripada badan penyelidik itu akan dipanjangkan kepada media 18 November ini menerusi laman rasmi Ilham Center sahaja.

“Baru-baru ini rular beberapa perkongsian dapatan kononnya daripada Ilham Center berkaitan bilangan pecahan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi oleh parti-parti yang bertanding dalam PRU15.

“Untuk makluman, pihak kami belum mengeluarkan sebarang laporan akhir berkaitan cerapan lapangan pada waktu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu jadual yang menunjukkan unjuran badan penyelidik, bahagian risikan dan agensi berkaitan, berhubung kedudukan kerusi yang boleh dimenangi parti-parti dalam PRU15.

Menurut jadual berkenaan, setakat 6 pagi tadi, Ilham Centre didakwa meramalkan Pakatan Harapan memiliki kerusi terbanyak dengan 87 kerusi diikuti Perikatan Nasional (46) manakala Barisan Nasional (39). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI