fbpx

Salun The Hair TRIC & Lashility tampil konsep eksklusif tawar khidmat harga berpatutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salun The Hair TRIC & Lashility berkonsep eksklusif dan moden memenuhi permintaan dan perubahan gaya hidup pengunjung.

PETALING JAYA – The Hair TRIC & Lashility, salun kecantikan rambut dan bulu mata, telah membuka cawangan terbaharunya dan yang keempat di pusat beli belah Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai usaha untuk meluaskan rangkaian pengedarannya.

Disebalik gaya moden dan terkini yang ditampilkan oleh salun tersebut selain diwarnai dengan  gaya moden dan terkini setaraf salun bertaraf antarabangsa, ia masih tetap menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan.

Lebih menarik, salun ini menggunakan produk yang dijamin halal dan mempunyai sijil halal bagi mengelakkan sebarang keraguan atau menyekat keinginan dalam mendapatkan perkhidmatan dandan rambut untuk pelanggan muslim. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, salun The Hair TRIC itu menawarkan pelbagai rawatan yang dikendalikan oleh kakitangan syarikat  yang berpengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang tersebut.

“Bagi mereka  yang mempunyai masalah rambut ataupun ingin melentikkan bulu mata anda, ini adalah salun terbaik di Kuala Lumpur dan ia menyediakan rawatan yang khusus bagi setiap satu masalah pelanggan,” katanya dalam kenyataan bersempena pembukaan salun terbaharu itu baru-baru ini. 

Jelas kenyataan tersebut, The Hair TRIC & Lashility menawarkan pelbagai pakej rawatan rambut kepada pelanggan yang mana antaranya terdiri daripada potongan rambut, rawatan keratin semulajadi serta menawarkan teknik baharu iaitu air touch balayage ataupun pakar sambungan rambut dengan hanya menggunakan produk yang terbaik. 

“Bukan hanya perkhidmatan rambut, salun ini juga mempunyai pekerja yang mahir dalam sambungan bulu mata, microblading kening, sulaman bibir dan lashlifting,” jelasnya.

Mengulas lanjut, salun ini turut menawarkan pengalaman eksklusif kepada pelanggan kerana  premis ini dihias dengan konsep mewah, elegan  dan selesa.

“Untuk mendapatkan suasana tersebut, The Hair TRIC & Lashility menggunakan warna-warna dengan intensitas gelap dengan sentuhan warna-warna muda seperti putih dan kelabu agar ruangan tidak nampak terlalu suram,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI