fbpx

Keluarga gempar mayat dalam keranda hidup semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPALA dan badan US bergerak ketika berada di dalam keranda. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi cemas apabila ‘mayat’ seorang lelaki hidup semula di dalam keranda walaupun sudah diisytiharkan meninggal dunia, lapor laman berita Suara.com.

Susulan kejadian itu, ahli keluarga lelaki itu yang hanya dikenali sebagai US, 40, memberikan penjelasan seperti dikongsikan di akaun Instagram @warungjurnalis.

Abang kepada US, Saputra memberitahu bahawa berita kematian adiknya dimaklumkan sendiri oleh isterinya. Menurut penjelasan isteri US, suaminya meninggal dunia di Semarang.

Mayat US kemudian dibawa ke Bogor untuk dikebumikan oleh keluarganya sendiri. Menurut Saputra, mayat US tiba dalam keadaan sudah berada di dalam keranda.

Dia dikatakan meninggal dunia akibat sakit ketika menerima rawatan di hospital. 

Walaupun kematian lelaki berkenaan telah disahkan pihak hospital, keluarganya tidak mempercayai perkara tersebut justeru, mereka sengaja membuka keranda itu kerana ingin mengetahui dengan jelas punca kematiannya.

Setelah membuka keranda, mayat US tiba-tiba bergerak dan mengejutkan orang ramai yang hadir di majlis pengebumiannya seperti dipaparkan dalam video tersebut. 

Menurut Ketua Pengarah Hospital Daerah Kota Bogor, Ilham Chaidir, US ketika ini dirawat di hospital tersebut dan dia menerima rawatan intensif.

Menurut beliau, keadaan kesihatan mangsa yang sebelum ini menurun kini beransur pulih. US juga dikatakan sudah bertindak balas tetapi tidak dapat ditemu bual berhubung keadaannya sebelum ini.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI