fbpx

Ferrari mungkin singkirkan Binotto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINOTTO gagal membantu Ferrari mencapai kejayaan musim ini biarpun pasukan itu sudah mengeluarkan dana besar sejak beberapa musim lalu. – AFP

MARANELLO, ITALI – Spekulasi melibatkan pasukan Ferrari kini bertiup kencang apabila dikatakan sedang merancang untuk menyingkirkan prinsipal mereka, Mattia Binotto daripada terus mengendalikan pasukan itu musim depan.

Menurut laporan media di Itali, Binotto mungkin berisiko untuk dipecat selepas gagal membawa semula Ferrari pada tahap terbaik meskipun pasukan itu telah berbelanja besar sejak beberapa musim lalu.

Ferrari memulakan perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini dengan cemerlang apabila memenangi dua daripada tiga perlumbaan pertama sekali gus dilihat mampu menjadi mencabar Red Bull dan juga Mercedes.

Bagaimanapun, selepas beberapa pusingan perlumbaan, situasi memihak kepada Red Bull sekali gus membolehkan Max Verstappen merangkul gelaran dunia 2022 selepas mempamerkan keputusan yang konsisten pada setiap perlumbaan.

Ferrari pula terus berdepan masalah unit kuasa dan beberapa kesilapan strategi yang meng­hukum pasukan Itali itu untuk muncul juara pada perlumbaan Grand Prix.

Akibatnya, terdapat banyak spekulasi dalam beberapa bulan kebelakangan ini mengenai masa depan Binotto selepas dilihat gagal membawa Ferrari kembali ke puncak.

Menurut portal Formula Passion, Ferrari dikatakan sedang melakukan perbincangan untuk mencari pengganti yang berpotensi untuk mengambil alih tempat Binotto.

“Tindakan itu dibuat Ferrari sebagai tindak balas kepada had kebolehpercayaan dan kesilapan pengurusan strategik sekali gus mendatangkan kerugian kepada pasukan itu sendiri,” kata Formula Passion.

Menurut wartawan F1 Itali, Turrini, sekiranya benar Ferrari ingin memecat Binotto, terdapat beberapa calon terbaik untuk dibawa masuk menyertai pasukan Itali itu antaranya Frederic Vasseur dari Sauber Alfa Romeo.

Pilihan kedua ialah Antonello Coletta, yang kini menguruskan pasukan Ferrari dalam perlumbaan GT. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI