fbpx

Hafizuddin tak mahu cepat putus asa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZUDDIN dianggap punca kekalahan kepada Korea Selatan, namun dia bangkit membantu skuad negara muncul juara PSAS 2022. – FB ZAM ARJUNA

PENJAGA gol skuad hoki kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Othman tidak dapat melupakan pengalaman ‘pahitnya’ sewaktu membantu Malaysian Tigers menjuarai Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) minggu lalu.

Nama Hafizuddin, 30, menjadi tumpuan seluruh peminat hoki tempatan selepas ketua jurulatih, Arul Selvaraj menyalahkannya ekoran kekalahan kepada Korea Selatan dalam aksi pertama kejohanan itu.

Bagaimanapun, pemain ber­asal dari Terengganu itu berjaya menangani situasi tersebut de­ngan cemerlang sehingga dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan.

“Anugerah peribadi ini bonus buat diri sendiri sebab saya langsung tak jangka, cuma nak beri yang terbaik selepas dipersalahkan pada aksi pertama.

“Serik kena marah, Arul siap sebut nama saya dekat media. Saya sampai tak boleh tidur de­ngan mesej yang masuk bertalu-talu, rasa cukuplah sekali kena dekat saya,” katanya.

Bagi Hafizuddin, dua barisan kejurulatihan iaitu jurulatih penjaga gol, S. Kumar dan pegawai psikologi dari Institut Sukan Negara, Aruna Santhappan banyak membantunya meningkatkan semula keyakinan diri.

“Saya ‘goyang’ lagi aksi kedua sebab tekanan tinggi dan ramai yang melihat. Saya cuma fikir nak beri yang lebih baik sampai dapat pemain terbaik perlawanan.

“Dua orang inilah (Kumar dan Aruna) yang banyak memberikan sokongan dan bantuan sehinggalah saya jumpa sekali tahap keyakinan tertinggi,” jelasnya.

Sebagai rekod, Hafizuddin pernah dimasukkan ke hospital disebabkan tekanan yang terlalu tinggi untuk menghadapi aksi final Piala Sultan Johor 2011 ketika mewakili skuad remaja kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI