fbpx

Minta lasagne dapat laksa minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hidangan lasagne yang didakwa lebih menyerupai hidangan lain kerana disifatkan terlalu berminyak.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah restoran kerana hidangan lasagne yang dipesannya lebih mirip laksa kari yang berminyak menerusi media sosial Twitternya, kelmarin.

Video yang dimuat naik menerusi akaun media sosial Amirul Kalif Syde itu memaparkan semangkuk lasagne dipenuhi minyak dan keju serta masih beku.

“Saya memangil staf restoran dan mengacau minyak hidangan itu di hadapannya sambil bertanya adakah lasagne seperti ini dan dia mengiakannya,” katanya yang bertanya soalan sama sebanyak dua kali namun tetap mendapat jawapan sama.

Susulan itu, video tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang meluahkan pendapat masing-masing.

“Ada sesetengah masyarakat tidak tahu bahawa semua makanan yang dihidang di restoran ini adalah makanan beku dan hanya perlu dipanaskan termasuk kek,” ujar seorang pengguna.

“Abang fikir staf restoran itu tukang masak? Itu makanan sejuk beku yang hanya perlu dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang dan tinggal dihidangkan kepada pelanggan saja,” tulis seorang lagi pengguna.

Dalam pada itu, terdapat juga dalam kalangan pengguna yang menggunakan isu kenaikan harga barang sebagai punca kualiti makanan menurun.

“Kebanyakan hidangan makanan di restoran sekarang sudah tidak sesedap sebelum pandemik dulu. Mungkin kos bahan mentah meningkat. Zaman sekarang memang zaman susah,” ujar seorang pengguna.

“Sejak perintah kawalan pergerakan yang lepas, banyak barang naik harga dan kita pun memahami daripada segi harga. Tapi, kualiti perlulah dijaga. Jangan pula semakin mahal, semakin teruk. Jika diberi kepada Oyen (kucing) pun dia akan jeling saja,” komen seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI