fbpx

KDN rampas 6,914 al-Quran, buku dikenakan perintah larangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Yusaimi (kiri) menunjukkan sebahagian al-Quran tanpa kelulusan serta buku yang dirampas sebuah premis di Pendang pada kelmarin. - SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas sebanyak 6,914 naskhah al-Quran tanpa kelulusan serta bahan penerbitan yang dikenakan perintah larangan di sebuah premis di Pendang dekat sini, kelmarin.

Dalam serbuan Ops Naskhah kira-kira pukul 11 pagi itu, pengedar yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an ditahan untuk diambil keterangan.

Rampasan melibatkan sebanyak 2,874 unit al-Quran, 4,024 bahan al-Quran dan 16 unit bahan penerbitan berbentuk buku yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM563,370.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yusoff berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota bahagian itu dari Ibu Pejabat KDN Putrajaya dan Kedah memeriksa sebuah premis yang dijadikan tempat jualan serta stor penyimpanan al-Quran dan buku.

“Kita berjaya merampas al-Quran yang tidak memiliki kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) serta buku yang dikenakan perintah larangan.

“Kebanyakan al-Quran dan buku-buku itu adalah dari Indonesia dengan harga jualan mencecah RM500 senaskhah,” katanya pada sidang akhbar di KDN Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan di premis itu mendapati lelaki terbabit menyimpan atau menyembunyikan sebahagian al-Quran tanpa kelulusan dan bahan bacaan larangan tersebut di dalam kotak.

Tambahnya, rampasan itu merupakan yang terbesar pada tahun ini.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8(1) dan 14(1) Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986 serta Seksyen 7(1) dan 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI