fbpx

Hye-young digigit anjing peliharaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE HYE YOUNG

PELAKON senior Korea Selatan Lee Hye-young mengejutkan ramai apabila terdapat kesan gigitan pada wajahnya baru-baru ini.

Menurutnya, dia digigit oleh anjing peliharaannya yang berwarna hitam sehingga menimbulkan parut di wajahnya.

Perkara tersebut dimuat naik dalam Instagramnya dengan kapsyen: “Hari ini saya digigit Burabo (nama anjingnya). Muka tirus saya berada dalam keadaan tidak baik,” ujarnya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen apabila melihat kesan gigitan yang terjadi pada wajah pelakon How The Lack Of Love Affects Two Men itu.

“Pastikan awak mendapatkan suntikan tetanus,” kata netizen.

“Ini tidak masuk akal apabila anjing peliharaan menggigit tuannya,” ujar peminat.

“Awak harus mendidiknya dengan lebih baik selepas ini,” tulis netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI