fbpx

Lagu tiada undian, impian Aiman Sidek terkubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKIPUN gagal ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37), namun Aiman Sidek tetap bersyukur kerana Cinta Sejati mendapat tempat di hati pendengar.

PETALING JAYA – Impian komposer dan penyanyi Aiman Sidek untuk melihat karyanya berada pada tahap lebih tinggi terkubur selepas lagu Cinta Sejati gagal ke Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-37 (SFMM37).

Lebih memeritkan kata Aiman, kegagalan tersebut berlaku gara-gara tiada undian dalam carta Muzik-Muzik meskipun Cinta Sejati pernah menjadi juara carta di beberapa buah radio.

Sedangkan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Aiman dan dinyanyikan secara duet bersama adiknya, Alin Sidek mencatat jutaan penstriman dalam platform digital serta YouTube.

“Impian terkubur lagi, walaupun juara carta di beberapa radio dan hampir 10 juta tontonan YouTube dan dua juta menerusi platform digital tapi Cinta Sejati tiada undian dalam Muzik-Muzik.

“Saya tiada cukup pengikut untuk mengundi. Saya cuba pelbagai cara tapi tak tahu macam mana nak tarik peminat supaya ada impak bila berkaitan undian,” katanya.

Biarpun bersedih kerana lagu tersebut gagal membolosi peringkat SFMM37, Aiman tetap bersyukur kerana Cinta Sejati diterima baik pendengar muzik tanah air.

Penyanyi lagu Bunga Dhia itu berharap dapat menarik lebih ramai peminat untuk karya-karya ciptaannya yang akan datang.

“Selama 13 tahun saya cuba pelbagai cara. Alhamdulillah Cinta Sejati akhirnya diterima, ini satu perjalanan yang panjang.

“Saya sedih sebab tidak tahu bila lagi karya saya akan diterima seperti Cinta Sejati.

“Harap suatu hari karya nanti saya dapat menambat hati pendengar untuk ikut dan mengundi lagu-lagu saya dalam semua platform,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI