fbpx

Dua lelaki rentung bangsal terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki maut akibat terlibat dalam kebakaran sebuah bangsal di Pontian, hari ini.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Dua lelaki termasuk seorang warga Myanmar rentung dalam kebakaran sebuah bangsal di Kampung Parit Kecil, Sungai Bunyi, Pontian dekat sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Penolong Penguasa Bomba Iqbal Raduan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.35 petang.

Menurutnya, lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi mendapati kebakaran membabitkan bangsal musnah hampir 90 peratus dan api telah dipadam oleh orang awam.

“Pemeriksaan di dalamnya mendapati dua mangsa termasuk seorang warga Myanmar rentung akibat kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Iqbal, kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI