fbpx

PRU15: Pengundi awal Wangsa Maju turun mengundi seawal 8 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengundi awal di bawah Markas 12 Briged Kem Wardieburn, Kuala Lumpur hadir bagi membuang undi sempena PRU15 bagi Parlimen Wangsa Maju hari ini.

KUALA LUMPUR – Proses pengundian awal bagi anggota dan pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) serta pasangan masing-masing di bawah Markas 12 Briged Kem Wardieburn di sini bagi Parlimen Wangsa Maju sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula pukul 8 pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati, setakat pukul 8.30 pagi, seramai 262 pengundi awal daripada 1869 jumlah pengundi berdaftar di kem ini telah melaksanakan tanggungjawab membuang undi di Sekolah Rendah Agama Khalid Al-Walid.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seramai 224,828 pengundi awal bakal menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada PRU15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya yang akan diadakan di 578 Pusat Mengundi Awal esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, pengundi awal itu terdiri daripada 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI