fbpx

PRU15: KJ calon TPM?, BN belum bincang – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) berpelukan bersama Khairy Jamaluddin di Uptown Kota Damansara di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID

SUNGAI BULOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Barisan Nasional (BN) masih belum ada senarai calon untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Katanya, jawatan TPM itu akan ditetapkan selepas BN menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut calon Parlimen Bera itu, BN kekal dengan keputusan melantik tiga TPM selepas gabungan itu berjaya membentuk kerajaan.

“(Biarkan) kita menang dulu, kita belum bincang lagi (calon TPM) l, calon daripada UMNO, Sabah dan Sarawak, semuanya keputusan (akan dibuat) selepas kita menang (PRU15),” katanya kepada pemberita selepas program Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri dan KJ, di Uptown Kota Damansara, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanya mengenai adakah Calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan dilantik sebagai TPM selepas parti itu menang PRU15 nanti.

Pada masa sama, Ismail Sabri merayu pengundi Sungai Buloh untuk terus memberi sokongan dan memilih Khairy Jamaluddin sebagai ahli Parlimen kawasan berkenaan.

“Saya merayu pengundi-pengundi di Sungai Buloh memberikan sokongan kepada Khairy Jamaluddin dan Barisan Nasional pada kali ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI