fbpx

Ramai risau zipline tanpa helmet di Kuala Kubu Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi seorang lelaki melakukan aktiviti 'zipline’ tanpa helmet di Kuala Kubu Bharu.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki melakukan aktiviti rekreasi ‘zipline’ tanpa disokong peralatan keselamatan lengkap dipercayai di Kuala Kubu Bharu undang kerisauan orang ramai.

Menerusi perkongsian di media sosial, kelihatan aksi tersebut dilakukan tanpa mengenakan helmet yang merupakan sebahagian daripada pakaian perlindungan diri (PPE).

Susulan itu, majoriti besar orang ramai meluahkan kerisauan dan menyifatkan tindakan lelaki itu kurang bijak kerana seolah-olah sengaja meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya.

“Sebelum ingin mencuba aktiviti ekstrem, lebih baik periksa dahulu kelengkapan yang disediakan sama ada menetapi piawaian yang ditetapkan ataupun tidak, kita hanya ada satu nyawa jadi hargailah,” kata seorang pengguna.

“Cara mempromosikan sudah bagus tetapi aspek keselamatan perlu diutamakan. Jika orang ramai tidak kisah untuk menanggung risiko sendiri tidak bermakna aspek keselamatan perlu dipinggirkan,” tulis seorang lagi pengguna.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang mempersoalkan bagaimana aktiviti esktrem yang tidak dilengkapi peralatan keselamatan sedemikian boleh mendapat kelulusan untuk dilaksanakan.

“Benda ni dulu pernah ada rekod buruk dimana ada orang pernah jatuh tetapi mereka masih berani jalankan aktiviti ini?,” soal pengguna di ruangan komen.

Bagaimanapun, penganjur kepada aktiviti tersebut, Rentas Adventure tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut bahawa ia menepati piawaian yang ditetapkan.

“Beban minimum yang boleh dipikul untuk kabel zipline ini adalah kira-kira 100 kilonewton bersamaan (10,197 kilogram). Berkaitan helmet pula, ia bukanlah standard meskipun terdapat beberapa tempat di Malaysia yang mengamalkannya.

“Perkara itu terpulang. Kebiasaannya helmet disediakan apabila terdapat elemen zipline yang memerlukan peserta berjalan dari satu poin ke satu poin yang lain dimana ada risiko objek jatuh,” katanya menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI