fbpx

PRU15: Shahrizat gegar kubu kuat Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 500 orang jentera JR hadir mendengar ceramah Shahrizat di Tambun Tulang, Arau hari ini.

ARAU – Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini turun ke kubu kuat Datuk Seri Shahidan Kassim di sini bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) di situ.

Menurut Shahrizat, Parlimen Arau menjadi lokasi pertama beliau turun padang selepas hampir empat tahun tidak aktif dalam arena politik negara.

“Kehadiran saya ke Perlis sebenarnya adalah untuk membantu calon-calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini dan Alhamdulillah dapat bertemu sebahagian besar jentera Jalinan Rakyat (JR).

“Mulanya saya agak risau apabila mendengar keadaan di Arau, ditambah berita penggantungan Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin namun sebaik sahaja sampai, lega rasanya melihat begitu ramai jentera wanita kita hadir,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN Parlimen Arau di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan ceramah di hadapan lebih 500 orang jentera wanita JR BN Bahagian Arau dan meminta mereka terus bersemangat untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Kata Shahrizat, wanita adalah tulang belakang kejayaan BN di seluruh negara sejak dari dahulu lagi dan beliau berharap momentum itu akan diteruskan pada PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI