fbpx

Ribut petir di Perlis, Kedah, Kelantan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga pukul 10 malam ini.

MetMalaysia berkata, seluruh kawasan di Perlis dan Kedah dijangka berdepan dengan cuaca buruk ini manakala di Pulau Pinang hanya kawasan Seberang Perai Utara sahaja.

“Kawasan di Perak yang diramal ribut petir adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

“Di Pantai Timur pula hanya Kelantan (Gua Musang) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis) diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat,” ujar MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Tambah MetMalaysia lagi, cuaca buruk tersebut dijangka akan melibatkan kawasan di Sarawak, iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang manakala di Sabah, adalah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) serta Labuan.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI