fbpx

Lembah Klang dijangka ribut, pengundi disaran keluar awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengundi digalakkan keluar waktu pagi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November nanti berikutan ribut petir diramalkan bagi seluruh kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata kawasan di Selangor yang dijangka hujan pada waktu pagi hanyalah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kapar, Klang dan Kuala Langat.

“Pengundi di Kedah, Perlis dan Perak turut disarankan untuk keluar membuang undi pada waktu pagi kecuali Pulau Pinang yang diramalkan cuaca baik hanya pada waktu petang.

“Sementara itu di Pantai Timur, pengundi di Pahang dinasihatkan untuk keluar mengundi pada waktu pagi, manakala di Kelantan kebanyakan kawasan dijangka hujan pada waktu pagi, kecuali Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang,” ujar MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Tambah MetMalaysia, di Terengganu, hampir seluruh kawasan parlimen diramal hujan seharian kecuali cuaca cerah buat kawasan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman pada waktu pagi.

Di Negeri Sembilan dan Johor, cuaca turut diramalkan cerah pada waktu pagi di kebanyakan kawasan, manakala pengundi di Melaka dinasihatkan keluar mengundi pada waktu petang.

“Dalam pada itu, pengundi di kawasan parlimen Sarawak, Sabah dan Labuan juga digalakkan mengundi pada waktu pagi berikutan cuaca diramal cerah dan ribut petir hanya pada waktu petang,” ujar MetMalaysia

Pengundi dinasihatkan merancang perjalanan bagi melaksanakan tanggungjawab dalam proses demokrasi negara pada PRU15. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI