fbpx

Rempuh rumah, elak anjing melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Perodua Myvi mangsa selepas terbabas merempuh sebuah rumah gara-gara cuba mengelak anjing melintas di Jalan Bukit Piatu di sini, hari ini.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Seorang pekerja hotel nyaris maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah rumah gara-gara cuba mengelak seekor anjing melintas di Jalan Bukit Piatu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, pemandu berusia 28 itu bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Tanjung Minyak menghala ke Klebang.

“Apabila sampai di satu selekoh tajam di Jalan Bukit Piatu, tiba-tiba seekor anjing telah melintas di hadapan kereta yang dipandu mangsa.

“Mangsa cuba mengelak anjing tersebut sehingga menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh tembok pagar sebuah rumah di Taman Bukit Piatu,” katanya ketika dihubungi di Kosmo! di sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih dilakukan dan mangsa juga masih belum membuat sebarang laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara tidak cermat dan tidak berhati-hati,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI