fbpx

Polis buru 2 remaja tetak aligator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja memakai seluar pendek dan hoodie berwarna biru itu menetak kepala aligator berkenaan. – NBC

TALLAHASSEE, FLORIDA – Polis melancarkan siasatan ke atas sebuah video tular yang memaparkan insiden seorang remaja menyerang dan membunuh seekor aligator menggunakan sebilah parang di negeri Florida, Amerika Syarikat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Berdasarkan video tersebut, remaja memakai seluar pendek dan hoodie berwarna biru itu menetak kepala aligator berkenaan.

Dalam masa sama, perakam video tersebut didengari ketawa sepanjang insiden itu.

Aligator tersebut dilihat dalam keadaan berdarah selepas tetakan pertama di mana ia sebelum itu tersekat pada tali pancing.

Reptilia itu kemudian mati selepas ditetak kali kedua dan polis kini memburu dua remaja terbabit.

Seorang pengendali reptilia di daerah Lee, Alex Link, menggelar serangan itu sebagai ‘kekejaman tanpa sebab’.

“Kekejaman itu dilakukan tanpa sebab, di mana aligator itu secara tidak sengaja tersekat ketika mereka memancing.

“Terdapat cara betul untuk melepaskan haiwan itu daripada tali pancing, justeru, penyeksaan tersebut dilakukan tanpa sebab,” katanya.

Tambah Link, cara remaja tersebut menyeksa aligator itu menggunakan parang merupakan satu tindakan jenayah.

“Anda berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun serta beberapa denda serius. 

“Ia diklasifikasikan sebagai pemburuan haram kerana mereka membunuh aligator itu,” ujarnya.

Siasatan masih berjalan dan identiti kedua-dua remaja itu masih belum dapat dikenal pasti. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI