fbpx

Wanita terkejut lihat wajah Trump pada roti bakar keju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roti bakar keju ini dikatakan menyerupai wajah Trump. - Nikki Finlay/Getty Images

LONDON – Seorang wanita di Scotland terkejut apabila mendapati sekeping roti bakar keju yang dimasak mempunyai corak menyerupai wajah bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor akhbar Daily Star semalam.

Nikki Finlay, 46 berkata, ia sesuatu yang menakutkan apabila melihat ‘wajah’ Trump pada roti bakar keju tersebut.

“Kami sudah menikmati menu ‘fish and chips’ ketika pergi ke pantai petang itu, jadi saya enggan memasak hidangan  ‘berat’ untuk makan malam.

“Saya berpendapat roti bakar keju adalah hidangan terbaik dan selepas memasaknya, saya melihat Trump sedang ‘memandang’ ke arah saya. Ia amat menakutkan,” katanya.

Trump sebelum ini diketahui sering dikaitkan dengan keju.

Salah satu makanan kegemarannya adalah McDonald’s Egg McMuffin yang dihidangkan bersama sekeping keju ala Amerika yang disusun di bawah telur beserta hirisan tomato pada bahagian atasnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI