JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang penunggang motosikal terbabas dan terpelanting di atas rumput ketika melakukan ‘willy’ dan aksi berbahaya lain, lapor laman berita Merdeka semalam.
Berdasarkan rakaman video, lelaki berkenaan melakukan aksi lagak ngeri dengan menunggang motosikal dalam keadaan tayar hadapan terangkat.
Tidak cukup dengan itu, motosikal tersebut ditunggang terhuyung-hayang tanpa menghiraukan kenderaan lain.
Tidak lama kemudian, dia gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke tepi jalan dan jatuh bergolek di atas kawasan dipenuhi rumput.
Dia juga nyaris dirempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
Video tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.
“Terlalu bergoyang sehingga berguling di atas rumput,” kata seorang netizen.
“Terbang bebas dan melampaui batas,” kata seorang lagi pengguna laman sosial. – Agensi