fbpx

Pertemuan Biden-Jinping tumpuan sidang G20 di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 18 Ogos 2011 menunjukkan Biden dan Jinping mendengar lagu kebangsaan AS dimainkan di Dewan Besar Rakyat, Beijing semasa kunjungan beliau ke China. - AFP

JAKARTA – Pemimpin 20 ekonomi terbesar dunia tiba di Pulau Bali semalam untuk perhimpunan pasca pandemik yang dibelenggu hubungan dingin Amerika Syarikat (AS)-China dan  dibayangi pertembungan antara Joe Biden serta Xi Jinping.

Ketika penduduk dunia terkesan akibat lonjakan harga makanan serta bahan api, konflik di Ukraine dan ancaman perang dunia, presiden dan perdana menteri negara-negara Kumpulan 20 (G20) akan mencari titik persetujuan ke arah jalan penyelesaian.

Perjumpaan di Bali itu adalah perhimpunan terbesar oleh para pemimpin G20 sejak pandemik Covid-19 bermula.

Bagaimanapun, ia bukannya perhimpunan ramah mesra. 

Sejak tiga tahun lalu, persete­ruan Beijing dan Washington semakin meningkat selepas China menjadi semakin kuat dan berani untuk menggantikan order dunia yang diterajui AS selepas Perang Dunia Kedua berakhir. 

Pertemuan empat mata Biden dan Jinping dalam acara sampi­ngan mempunyai aura Perang Dingin seperti perjumpaan sebelum ini antara pemimpin AS dengan Kesatuan Soviet yang mempe­ngaruhi nasib berjuta-­juta penduduk dunia sama ada  di Postdam, Vienna atau Yalta.

Biden menyebut tentang pertemuan mereka di Bali adalah  untuk menentukan ‘garisan merah’ masing-masing dengan harapan persaingan tidak akan bertukar menjadi konfrontasi dan konflik.

Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan berkata, Biden akan ‘berterus terang tanpa berselindung’ dengan Jinping dan mengharapkan perkara serupa.

Menurut beberapa pegawai, beliau juga akan mendesak China supaya memberi tekanan kepada sekutunya, Korea Utara selepas pelancaran peluru berpandu pa­ling banyak yang mencetuskan kebimbangan bahawa Pyongyang akan melakukan ujian nuklear ketujuh dalam masa terdekat.

Jinping bagaimanapun mungkin tidak teruja untuk mem­bantu. Beliau menyertai perjumpaan di Bali selepas mendapat mandat penggal ketiga sekali gus mengesahkan kedudukan sebagai pe­mimpin China paling berkuasa dalam beberapa generasi.  

Sementara itu,  terdapat kekosongan yang dirasai pada sidang kali ini iaitu kerusi Presiden Russia Vladimir Putin.

Kempen ketenteraan beliau di Ukraine yang berlanjutan selama sembilan bulan menjadikan kunjungan Putin ke Bali sukar dari segi  logistik selain menyalahi tatasusila politik.

Putin sebaliknya menyerahkan tugas tersebut kepada ve­teran Menteri Luar, Sergei Lavrov.

Di atas kertas,  sama ada perang di Ukraine atau ancaman nuklear Putin, kedua-duanya bukan  agenda pada sidang kemuncak tersebut.

Bagaimanapun, realitinya, isu tersebut sudah tentu akan di­bincangkan, lebih-lebih lagi, lonjakan harga makanan dan bahan api telah menyebabkan negara-negara  G20  terkesan, sedangkan kenaikan tersebut adalah kesan  langsung perang di Ukraine.

Terdapat kemungkinan tekanan akan dikenakan ke atas Russia untuk melanjutkan perjanjian eksport baja dan bijirin Ukraine melalui Laut Hitam selepas persetujuan sekarang tamat tempoh pada 19 November ini.

Paling minimum, Biden dan sekutu-sekutunya juga mahu melihat G20 memberi penegasan kepada Putin bahawa perang nuklear adalah sama sekali  tidak boleh diterima.

Bagaimanapun, G20 yang ditubuhkan dalam tahun 1999 selepas krisis kewangan Asia, lebih condong  kepada perbincangan isu kewangan dan ekonomi berbanding keselamatan.

Moscow juga mahu peranan kumpulan berkenaan kekal demikian.

“Kami pada dasarnya menolak usaha mempolitikkan G20. Kami yakin G20 adalah bagi menangani terutamanya isu sosioekonomi,” kata Kementerian Luar Russia dalam satu kenyataan kelmarin.

Tuan rumah, Indonesia yang berhati-hati untuk tidak memihak sama ada kepada China ataupun AS, tidak yakin pe­mimpin-pemimpin  G20 dapat memecahkan kebuntuan pada sidang kali ini.

“Secara jujur, saya fikir si­tu­a­si­ global tidak pernah sebegitu rumit. Jika akhirnya G20 gagal mencapai persetujuan, kalau begitu, begitulah. Ia adalah ok,” kata menteri Indonesia,  Luhut Binsar Pandjaitan menjelang sidang berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI