fbpx

PRU15:Penerimaan pengundi Titiwangsa terhadap Johari ditahap positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (kiri) menyantuni pelajar-pelajar dalam Majlis Penyampaian Hadiah Program Digital Library di sini tadi.

KUALA LUMPUR- Penerimaan rata-rata pengundi Parlimen Titiwangsa terhadap perjalanan kempen Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang kini memasuki minggu kedua disifatkan berada pada tahap positif, sekali gus memberi bayangan sokongan mereka kepada calon Barisan Nasional (BN) itu.

Bagaimanapun, Johari berkata, sokongan positif ditampilkan rata-rata pengundi yang ditemuinya itu perlu dizahirkan menerusi kertas undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini dan bukannya semasa kempen sahaja.

“Setakat ini, ‘vibe’ orang yang saya jumpa sangat positif dan kita akan teruskan aura seperti itu. Kita juga kena jangkakan, untuk tempoh beberapa hari ini akan ada cerita kartun yang keluar serta perlu berhati-hati dengannya.

“Ini kerana banyak sentimen akan datang kelak memandangkan saya masih dengar orang bercakap tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kita kena bergerak, kita ambil maklum kesilapan dibuat BN sebelum ini dan belajar tentangnya. Pemimpin juga silih berganti,” katanya kepada pemberita di sini tadi.

Pada masa sama, katanya, pengundi juga dinasihatkan untuk tidak mengundi dengan berpandukan sentimen ekoran jika perkara itu diteruskan ia akan melahirkan pemimpin yang membudayakan elemen bersentimen.

“Nasihat saya, sebelum mengundi pastikan buat analisa terhadap setiap calon, lihat rekod mereka dan kemudiannya baru putuskan siapa yang akan dipilih.

“Kepada calon pula, jangan kerap mainkan sentimen yang tidak sepatutnya serta manipulasi fakta kepada orang ramai.Tidak semua pengundi faham, jadi itu sebab saya sendiri turun padang. Berdebat juga tidak akan menyelesaikan masalah dalam tempoh berbaki ini,” tegasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai strategi kempen untuk minggu terakhir, Johari memberitahu, beliau akan terus menemui pengundi seramai mungkin memandangkan Parlimen Titiwangsa meliputi beberapa kawasan yang agak banyak.

“Jadi, masa saya suntuk kerana perlu berjumpa dengan pengundi dan membuat pertemuan serta dialog bersama mereka dari pagi hingga malam kerana setiap kawasan mempunyai isu-isu berlainan.

“PRU bagi kerusi Titiwangsa memilih wakil rakyat yang bukan sahaja mahu bercakap tentang isu Sungai Baru sahaja tetapi permasalahan lain juga,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau juga sudah menjelaskan mengenai masalah di Sungai Baru dan akan mencari jalan penyelesaian terhadap perkara berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI