fbpx

Tiada isu anggota tentera mengundi awal – Wan Junaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan bahawa tidak timbul sebarang isu sekiranya ada anggota tentera yang sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wan Junaidi berkata, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang sebelum ini telah memaklumkan bahawa proses membuang undi bagi anggota tentera yang didaftarkan sebagai pengundi pos telah pun bermula pada 7 November lalu.

“Semua kertas undi pos mula dikeluarkan pada hari Isnin iaitu pada 7 November lalu, malah ejen-ejen calon juga telah dimaklumkan oleh setiap Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengenai tarikh pengeluaran undi pos.

“Justeru, tidak timbul sebarang isu kerana ini adalah proses biasa dalam semua pilihan raya sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kononnya ada anggota tentera khususnya dalam kawasan Parlimen Bera sudah pun mengundi untuk PRU15.

Tambah Wan Junaidi, perjalanan proses tersebut adalah terpulang kepada individu yang telah berdaftar dan menerima kertas undi pos masing-masing.

“Apa yang penting, kertas undi pos perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus berkaitan sebelum pukul 5 petang pada hari pengundian 19 November ini,” tegas beliau.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI