fbpx

Isteri ditahan wad, pengantin lelaki terpaksa bersanding seorang diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pengantin lelaki terpaksa bersanding seorang diri kerana isterinya dimasukkan ke hospital.

PETALING JAYA- Hari persandingan yang ditunggu-tunggu oleh pasangan mempelai, akhirnya terpaksa diraikan oleh pengantin lelaki seorang diri apabila isteri dimasukkan ke hospital.

Video yang dimuat naik oleh pengantin lelaki, @syaf0311 di akaun TikToknya, menunjukkan dirinya terpaksa bersanding dan makan beradab seorang diri tanpa ditemani isteri di sampingnya.

“Kenangan untuk dikenang nanti, sanding seorang diri.. isteri kena tahan wad. Nak buat macam mana, Tuhan tidak izinkan.

“Semoga kesedihan hari ini diganti dengan kegembiraan yang tidak terduga suatu hari nanti,” tulisnya di dalam video itu.

Menurut video berkenaan itu juga, pasangan tersebut telahpun bernikah pada 29 September tahun lepas dan terpaksa menunggu setahun untuk bersanding kerana tuntutan kerja sang suami yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

Walau bagaimanapun, sebab sebenar isterinya yang juga sedang mengandung itu dimasukkan ke hospital, tidak diketahui.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 204,500 tontonan, 10,100 tanda suka dan 81 perkongsian.

Rata-rata di ruangan komen, orang ramai mendoakan pasangan tersebut dan memberikan semangat buat mereka untuk terus kuat melalui dugaan tersebut.

“Kuatnya semangat.. semoga ada hikmah setiap yang berlaku. Insha Allah lepas hujan pasti akan muncul pelangi,” kata @princesshaida2032

Ada juga yang komen bahawa mereka senasib dengan pasangan pengantin ini, apabila hari persandingan yang ditunggu-tunggu terpaksa dibatalkan oleh pelbagai halangan yang tidak diduga.

“Saya teringin ingin bersanding, tetapi mak saya meninggal pada hari kejadian,” komen @kucingku_terbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI