fbpx

Mahkamah: Harta Pavilion kekal milik Rosmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah ketika hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan gagal untuk melucuthak 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita ketika serbuan di sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn. Bhd. di Pavilion Residences empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kesemua barangan mewah itu hasil penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain mempunyai kaitan dengan aktiviti haram yang menyalahi undang-undang.

Sebelum ini pada 26 September lalu, pihak pendakwaaan berhujah bahawa 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan yang disita di Pavilion Residence milik Obyu Holdings Sdn. Bhd. adalah hasil penyelewengan dana 1MDB.

Bagaimanapun peguam bela Najib, Tania Scivetti, pula berhujah, tujuh jam tangan mewah jenama Richard Millie itu adalah barangan yang dihadiahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiada bukti kukuh menunjukkan jam tangan itu dibeli Najib menggunakan dana 1MDB.

Pada 25 Julai 2020, Najib dan Rosmah memeriksa 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.

Ia susulan pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings Sdn. Bhd. bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 barang kemas, 401 jam tangan, 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata, 306 beg tangan, serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Najib dan isterinya Rosmah adalah pihak ketiga yang ingin menuntut barang kemas serta jam tangan dalam permohonan pelucuthakan pendakwaan terhadap Obyu Holdings, yang dimiliki ahli perniagaan Tan Sri Bustari Yusof.

Barangan yang disita oleh polis dari premis milik Obyu Holdings di Pavilion Residences pada Mei 2018 telah dikaitkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI