fbpx

SAAG tarik minat pelanggan tunai umrah pada usia muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada jemaah umrah yang diuruskan oleh SAAG berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kepuasan melaksanakan ibadah umrah pada usia muda pada tahun 2017 dan berkongsi pengalaman berharga sebaik pulang ke tanah air telah mengetuk pintu hati pasa­ngan suami isteri ini menceburi bidang perniagaan tersebut.

Jika sebelumnya mereka pergi berdua tetapi setahun selepas itu, mereka membawa ahli ke­luarga masing-masing untuk merasai nikmat beribadah di kota suci Mekah dan Madinah.

Pastinya apabila membuat tempahan untuk ahli keluarga yang ramai akan melibatkan kos yang besar dan cabaran ini telah memberi idea kepada Pengarah Urusan SAAG Travel & Tours Sdn. Bhd. (SAAG), Shaiful Afras Ab. Ghani dan Pengarah Eksekutif, Noradatulsima Saiman untuk membuka perniagaan sendiri, selain mahu meminimumkan kos pakej sebagai usaha mereka untuk mengajak lebih ramai orang mengerjakan umrah.

Menerusi gabungan Shaiful Afras, 40, anak kelahiran Segamat, Johor yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan marin dan isterinya, 40, dari Pasir Puteh, Kelantan yang berkema­hiran dalam bidang kesetia­usahaan itu akhirnya memulakan langkah kanan dalam perniagaan tersebut pada tahun 2018.

Mereka berjinak-jinak dahulu menerusi jalinan usaha sama dengan sebuah syarikat pengurusan umrah dan haji sebelum berusaha mendapatkan lesen sah daripada kerajaan setahun selepas itu.

Katanya, untuk meme­nuhi garis panduan bagi menda­patkan lesen, ia menuntut me­reka mendalami pelbagai ilmu, ­pengetahuan dan penga­laman dalam aspek pengurusan berkaitan tiket dan syarikat pe­nerbangan, hotel dan permohonan visa bukan saja di Malaysia tetapi juga berpengalaman be­kerjasama dengan rakan niaga di sana.

“Selepas berjaya mendapat lesen pada akhir tahun 2019, kami mula menawarkan pakej umrah tetapi tiga bulan selepas itu, negara dilanda pandemik Covid-19 membuatkan operasi perniagaan terpaksa dihentikan buat sementara waktu,” katanya ketika ditemui di pejabat mereka di Kelana Jaya baru-baru ini.

Shaiful Afras menerangkan, meskipun pengalaman bisnes belum begitu banyak tapi bisnes itu agak serasi dan sebati de­ngan jiwa mereka, malah berazam mahu ­mengubah mentaliti dan persepsi masyarakat sebelum ini bahawa umrah hanya diminati oleh golongan tua.

“Rata-rata jemaah umrah yang berminat untuk menempah pakej umrah adalah dalam kala­ngan golongan tua dan pesara sedangkan ibadah ini benar-benar memerlukan tahap kesihatan dan kecergasan yang tinggi untuk melaksanakannya.

“Pengalaman dijemput ke rumah Allah pada usia muda telah mengubah pemikiran saya 360 darjah dan kami mahu berkongsi ilmu dan pengetahuan untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai ibadah umrah ini pada harga berpatutan,” jelasnya.

Noradatulsima menerangkan, hampir 90 peratus daripada kumpulan pelanggannya terdiri daripada golongan muda yang berusia lebih 25 tahun dan me­reka begitu aktif, cergas dan teruja untuk me­lakukan ibadah di sana.

“Sebenarnya ramai golo­ngan muda yang sudah membuat tabungan awal untuk menunaikan umrah. Mereka berpendapat, ini adalah pengalaman berharga buat mereka untuk membuat persediaan menunaikan ibadah haji pada masa depan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Noradatulsima berkata, pada tahun 2019, penerbangan sulung rasmi syarikat adalah pada bulan Disember dengan membawa seramai 42 jemaah.

Selepas aktiviti ekonomi dibenarkan termasuk penerbangan untuk umrah pada tahun 2021, SAAG telah membawa kira-kira 40 jemaah bermula pada bulan Januari dan bulan seterusnya hingga tahun ini.

Terdapat tiga pakej umrah yang ditawarkan syarikat iaitu­ ekonomi, separa ekonomi dan premium yang melibatkan harga­ di antara RM7,580 hingga RM9,880 seorang.

Jemaah juga ditawarkan pilihan untuk menaiki tren kelajuan tinggi Haramain dan beberapa ziarah ke tempat bersejarah.

Kedua usahawan ini mengunjurkan untuk membawa 2,000 pelanggan mengerjakan umrah pada tahun hadapan.

Dalam masa yang sama, SAAG juga berkeyakinan untuk mendapatkan lebih banyak visa haji pada tahun depan ekoran kejayaan syarikat membawa sejumlah kecil jemaah pada tahun ini.

Mengulas mengenai cabaran yang menjadi kekangan dalam pertumbuhan industri umrah dan haji pada masa sekarang adalah ketidakstabilan mata wang tempatan yang akan memberi impak kepada kos tawaran pakej kepada pelanggan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI