fbpx

Siti Afifah dakwa kuat minum susu punca kutu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuatnaik oleh penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin yang mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang kutu.

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin sekali lagi menarik perhatian orang ramai gara-gara mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang jangkitan kutu.

Video yang dimuat naik di akaun media sosialnya mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata menyoalkan kredibilitinya dan kesahihan maklumat tersebut.

“Ramai orang tidak tahu, antara punca kutu ialah minum susu yang berlebihan,” kata Siti Afifah dalam video tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan lebih 27,000, 240 tanda suka dan 143 perkongsian.

Di ruangan komen, ramai yang kelihatan tidak percaya akan maklumat yang dikongsi kerana meragui kredibiliti Siti Afifah yang bukannya seorang doktor kesihatan atau pakar pemakanan untuk bercakap tentang topik berkenaan.

“Kejap pakar makanan, kejap ustazah, kejap doktor,” kata @khairuddintaha590

Dalam pada itu, ramai juga yang berkata mereka tidak pernah mengalami situasi dijangkiti kutu hanya kerana minum susu berlebihan selama ini.

“Alhamdulillah saya dah berumur, selalu minum susu tidak ada pula kutu,” kata @suhainaza.

Terdahulu, Siti Afifah Shahbudin pernah tular di media sosial gara-gara lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika menyambut kelahiran bayi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI