fbpx

Wanita maut, enam cedera dalam nahas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA jenis Honda Accord remuk setelah terlanggar belakang lori berhampiran Jejantas Sungai Buloh, Lebuh Raya PLUS pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang wanita meninggal dunia selepas kereta dinaiki bersama enam ahli keluarganya melanggar belakang sebuah lori berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh di Lebuhraya Utara-Selatan, menghala ke Kuala Lumpur, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 6.21 pagi.

“Seramai lapan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami dimaklumkan berlaku kemalangan membabitkan kereta jenis Honda Accord dinaiki tujuh sekeluarga melanggar bahagian belakang sebuah lori di laluan sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, kemalangan tersebut mengakibatkan seorang wanita berusia 38 tahun tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Suami mangsa dan anak perempuan mereka berusia 11 tahun cedera parah.

“Sementara empat lagi anak mereka berusia antara lapan tahun hingga lapan bulan pula mengalami cedera ringan.

“Dua daripada anaknya merupakan bayi kembar lelaki yang berusia lapan bulan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI