fbpx

PRU15: Zul Huzaimy mohon maaf keluar kenyataan berbaur ekstrem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Zul Huzaimy sewaktu berceramah di Kemaman baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlepas cakap pernah berniat mahu menyembelih orang bukan Islam, pelakon, Zul Huzaimy memohon maaf scecara terbuka hari ini.

Dia yang juga penyokong Pas dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu menjadi panel dalam sebuah ceramah di Kemaman pada 4 November lalu.

Pelakon yang dikenali dengan watak antagonis, Spark dalam filem Remp-It memuat naik video permohonan maaf berdurasi tiga minit 21 saat tersebut di laman Instagramnya.

Dia bagaimanapun menafikan dakwaan dirinya terlalu ekstrem hingga membuat kenyataan kontroversi tersebut.

“Jangan salah anggap hanya berdasarkan klip video pendek itu kerana ia menggambarkan kenyataan yang kurang tepat.

“Apa yang saya sebut ialah orang bukan Islam (kafir zimmi) wajar dijaga sebaiknya kerana mereka juga menyokong pemerintahan Islam di negara ini.

“Ada pun kafir harbi (yang disebut dalam video ucapan) adalah musuh Islam yang nyata, maksud saya di sini ialah non Muslim (bukan Islam) yang benci Islam, suka perkauman,” katanya.

Sehubungan itu, Zul Huzaimy berharap kenyataannya yang disiarkan dalam klip video tersebut tidak disensasikan dan ditafsir sebagai ucapan berunsurkan kebencian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI