fbpx

Tak jadi ‘ride’ lepas kawan jatuh motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan seorang wanita terbaring sebelum dibantu duduk oleh kawannya.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan wanita membantu rakannya yang terjatuh daripada motosikal akibat jalan licin mendapat pujian netizen di media sosial.

Kejadian di Butterworth, Pulau Pinang itu dikongsi oleh pemilik akaun TikTok @AimanFikhri memaparkan penunggang wanita terbabit hilang kawalan semasa hendak membelok ke stesen minyak ketika hujan.

Penunggang wanita itu dilihat terbaring sejurus jatuh daripada motosikalnya sebelum dibantu oleh rakannya, yang juga menunggang motosikal.

“Kerana bimbang perkara ini terjadi, aku sering pesan supaya ketatkan topi keledar kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja,” tulis Aiman.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di ruangan komen, orang ramai memuji hubungan persahabatan di antara mereka yang sangat cakna terhadap rakan yang ditimpa kesusahan.

“Baru betul semangat setiakawan. Selalu ada bila memerlukan,” tulis Noor di ruangan komen.

“Ini yang dinamakan persahabatan. Apabila kita menghadapi sebarang kesusahan, mereka sentiasa ada,” tulis Zita.

“Tali persahabatan yang sangat kuat. Terbaik anak muda,” komen Shuhada.

Dalam pada itu, orang ramai turut menasihati supaya tidak mengangkat tubuh mangsa yang jatuh tanpa bertanya keadaannya terlebih dahulu bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius.

Setakat ini, video tersebut menerima 694,000 tontonan, 452 perkongsian dan 30, 500 tanda suka daripada pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI