fbpx

Harga ikan dijangka meningkat hingga dua kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin (dua dari kiri) menerima risalah keselamatan daripada wakil Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di Bukit Gantang hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menjangkakan harga ikan meningkat sehingga mencecah dua kali ganda dengan ketibaan musim tengkujuh ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya mendapati pendaratan ikan di beberapa kawasan sudah mula terjejas akibat musim tengkujuh.

“Bagaimanapun, perkara itu masih terkawal pada masa ini. Biarpun harga ikan di pasaran mula meningkat sedikit demi sedikit, namun ia juga masih terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Memancing Kelubong Challenge 2.0 di Sungai Tinggi di sini hari ini.

Menurutnya, LKIM akan mengeluarkan stok ikan sejuk beku untuk menstabilkan pasaran jika musim tengkujuh mula berlaku di Pantai Timur.

“Musim tengkujuh yang melanda kini akan berterusan sehingga Mac tahun hadapan. Harga ikan akan kembali terkawal iaitu selepas tamatnya musim tengkujuh iaitu antara Mei hingga Oktober,” katanya.

Tambahnya, bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan ikan itu, LKIM akan meningkatkan import ikan sejuk beku dari negara luar selain menggalakkan rakyat untuk memakan ikan darat atau yang diternak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI