PETALING JAYA – Aktres Fasha Sandha dikecam netizen gara-gara menggayakan kostum bertanduk seperti watak Maleficent lakonan Angelina Jolie dalam satu majlis pakaian beragam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 38 tahun itu berkongsi beberapa keping foto menggayakan kostum ala Maleficent bersama anak-anaknya.
“Just for fun (hanya suka-suka),” tulis Fasha.
Difahamkan, majlis pakaian beragam itu telah dianjurkan di kawasan kejiranan tempat tinggal Fasha yang turut disertai oleh jiran-jirannya.
“Hari pakaian beragam dan karakter di kejirananku bukan kejirananmu,” jelasnya.
Majlis yang mengetengahkan kostum berupa hantu itu sekali gus menarik perhatian netizen walaupun pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu memberitahu acara tersebut hanya sekadar majlis pakaian beragam.
Rata-rata netizen menganggap majlis yang diraikan Fasha bersama jiran-jirannya tidak ubah seperti sambutan Halloween yang disambut oleh penganut agama Kristian.
“Halal haram semua dah tak ada beza dah,” kata seorang pengguna Instagram.
“Memanglah tak sambut (Halloween). Just fot fun, tapi budaya itu budaya barat. Tak salah menegur,” kata seorang netizen.
“Niat tidak menghalalkan cara. Allah SWT sayang kita,” tegur seorang lagi netizen.
Bahkan, terdapat juga komen netizen berbaur sindiran apabila meminta Fasha dan jiran-jirannya untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul bersama-sama pada masa akan datang.
“Nanti kalau ada Maulud Nabi di kawasan taman, ajak sekali jiran-jiran yang sertai parti ini. Insya-Allah berkat,” kata seorang netizen.
Sebelum ini, pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari dikecam netizen apabila menghadiri parti hari jadi anak rakan mereka bertemakan Halloween.
Penampilan Awal dan Scha serta dua anak mereka iaitu Lara Alana dan Lyla Amina mencuri perhatian ramai apabila mereka keluarga berpakaian mengikut tema Halloween sehingga menerima kecaman hebat netizen. – KOSMO! ONLINE