fbpx

Dron tentera AS kembali ke Bumi selepas 908 hari di orbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 3 Disember 2010 menunjukkan dron X-37B di Pangkalan Tentera Udara Vandenberg, California. – AFP

WASHINGTON – Sebuah dron milik tentera Amerika Syarikat (AS) mendarat di Pusat Angkasa Kennedy, negeri Florida kelmarin selepas hampir dua setengah tahun berada di orbit, kata Boeing.

Dron tanpa manusia X-37B itu meneroka angkasa lepas selama lebih 10 tahun secara keseluruhan dan terbang sejauh 2.08 bilion kilometer semasa enam misi, kata Boeing dalam satu kenyataan. X-37B kali pertama dilancarkan pada 2010.

“Misi dron ini mengetengahkan tumpuan pasukan Tentera Angkasa AS dalam kerjasama eksplorasi angkasa lepas dan mengembangkan lagi akses kos rendah penerokaan angkasa kepada rakan-rakan kami, sama ada dalam atau di luar Jabatan Tentera Udara,” kata ketua operasi angkasa, Jeneral Chance Saltzman.

Dilancarkan secara rahsia, X-37B direka bentuk untuk Tentera Angkasa oleh Perikatan Pelancaran Bersatu iaitu projek usahasama antara Boeing dan Lockheed Martin. 

Dron itu memiliki panjang 9 meter dan panjang sayap 4.57 meter serta dijana tenaga solar.

Sebelum pelancaran terakhirnya pada Mei 2020, Pentagon telah menetapkan eksperimen saintifik yang akan dilakukan oleh X-37B.

Antara misi terbabit termasuk menguji tindak balas beberapa   bahan di angkasa lepas, menilai bagaimana radiasi di angkasa lepas memberi kesan kepada sebilangan biji benih dan menukar radiasi solar menjadi tenaga radio-elektrik, kata Tentera Angkasa  AS. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI