fbpx

Manjoy Gadget bakal miliki wisma sendiri di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED AHMAD (dua dari kiri) pada majlis pembukaan cawangan terbaharu Manjoy Gadget di Taiping baru-baru ini.

TAIPING – Manjoy Gadget Malaysia (Manjoy Gadget), pengedar pelbagai gajet mudah alih popular di Perak, merancang untuk memiliki bangunan ibu pejabatnya sendiri di Ipoh menjelang tahun depan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Manjoy Gadget, Syed Ahmad Alkaff Abdullah berkata, penubuhan wisma gajet itu akan menempatkan seluruh operasi syarikat di bawah satu bumbung dengan membuka sebuah pusat jualan dan perkhidmatan selepas jualan untuk memenuhi keperluan pelanggan.

 

“Kami juga akan membuka sebuah outlet barangan komputer dan juga bahagian jualan berkaitan e-sukan dalam wisma berkenaan.

“Wisma lima tingkat itu merupakan rancangan jangka panjang syarikat dan kami berharap projek sulung ini akan dapat direalisasikan menjelang tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! selepas majlis pembukaan Manjoy Gadget Tai­ping di sini baru-baru ini.
Turut hadir pengasas bersama syarikat, Syed Hasan Alkaff Abdullah.

Ini adalah outlet kesembilan syarikat selepas memiliki lapan cawangan lain iaitu di Manjoi, Manjung, Tambun, Klebang, Taman Cempaka, Station 18, Gerbang Malam Ipoh dan satu cawangan di Jitra, Kedah.

Tambah Syed Ahmad, bagi mencapai usaha untuk membangunkan wisma sendiri yang memiliki seramai 200 pekerjanya itu, syarikat sedang giat menyusun strategi untuk mengukuhkan operasi sedia adanya terutama untuk memenuhi keperluan pasaran di Perak.

 

Selain itu, mengulas mengenai cawangan terbaharunya di Tai­ping, ia menelan belanja sehingga RM150,000.
Ini adalah sebahagian daripada projek pengembangan rangkaiannya sebelum ini yang menggunakan dana dalaman syarikat tanpa mendapatkan pembiayaan daripada institusi perbankan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pemasaran, Samsudin Mohd. Yusoff berkata, pihaknya kini sedang mengembangkan lagi jenama Manjoy Gadget secara online dan di platform media lain apabila syarikat mula menjual pelbagai barangan dan peralatan berasaskan e-sukan.

“Pelbagai barangan Manjoy Gadget juga boleh diperolehi melalui laman web dan boleh didapati di PandaMart melalui aplikasi Foodpanda.

“Untuk perancangan masa depan, kami juga akan menjual pelbagai barangan gajet di platform GrabMart melalui aplikasi Grab,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI