fbpx

Naqiu cari rentak untuk bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS bergelar juara GV6, Naqiu mengakui karier seninya masih terumbang-ambing. – FAIZ ALIF ahmad ZUBIR

SELEPAS menjuarai Gegar Vaganza musim keenam (GV6), penyanyi Naqiu mengakui masih terumbang-ambing dalam seni muzik berikutan apabila beberapa karyanya tidak mendapat sambutan daripada peminat.

Luahan tersebut dinyatakan oleh Naqiu, 36, apabila kesemua lagunya yang dihasilkan selepas GV kurang mendapat sambutan peminat hingga membuatkan dia berasa kecewa.

“Sejujurnya saya tidak berpuas hati dengan lagu baharu yang dikeluarkan yang saya hasilkan bermula dari selepas GV6. Bukan sebab lagu yang membuatkan saya tidak suka cuma hasil selepas keluar.

“Tidak tahu mana salahnya. Adakah konsep nyanyian atau cara untuk promosikan diri?” kata penyanyi itu.

Dalam pada itu, Naqiu atau nama asalnya Wan Naqiuddin Mohd. Najib tidak akan mementingkan diri sendiri. Jika tidak, kariernya akan

‘terkubur’ sama seperti 12 tahun semasa album ketiga Boboy dahulu.

“Saya kena realistik dan tidak boleh ikut kepala sendiri kerana perkara itu adalah punca yang membuatkan saya menyepi semasa tahun 2005 lalu.

“Saya masih buat kajian bagaimana untuk menghasilkan karya yang terbaik untuk buat comeback (kemunculan semula) kerana tahun depan saya akan buat kelainan bukan satu tetapi kemungkinan dua atau tiga. Cuma tidak akan diberitahu sekarang,” ujarnya kepada Kosmo! usai tayangan drama pendek, Astana Mini Series yang merupakan arahan sulung Luqman Hafidz.

Untuk menambah baik segala cela persembahannya, vokalis kumpulan Boboy itu masih mendengar pendapat daripada peminat supaya dapat memberikan yang terbaik dalam hasil karyanya selepas ini.

“Selepas keluar daripada GV6 saya sering menghasilkan lagu sendiri dan ramai yang tanya saya bila nak keluarkan lagu dengan Boboy sehingga ada yang label saya lupa diri.

“Namun, selepas saya kembali kepada konsep lama bersama Boboy, kesannya hanya selama dua minggu. Jadi saya perlu buat banyak kajian untuk menghasilkan lagu yang boleh hit setanding penyanyi lain,” luahnya dalam nada kesal.

Naqiu bagaimanapun masih tidak berputus asa untuk menghasilkan karya berkualiti untuk memberikan yang terbaik sepanjang bergelar anak seni.

“Saya masih mencari formula untuk menghasilkan lagu ‘hits’ supaya boleh pergi lagi jauh memandangkan Datuk Ramli MS juga pernah berpesan untuk tidak mengharapkan orang lain sebaiknya mencipta karya sendiri.

“Saya berharap tahun 2023 akan mendatangkan banyak tuah kerana banyak yang sudah dirancang seperti perubahan dalam genre muzik,” jelasnya.

Karier lakonan

Berikutan karier lakonan, dia menegaskan untuk tidak memfokuskan pada bidang lakonan sepenuhnya walaupun ramai yang memuji akan bakatnya tersebut.

Baginya, pelakon mempunyai gaya yang berbeza berbanding penyanyi dan dia tidak mampu sampai ke tahap itu.

“Terima kasih yang memuji lakonan saya tetapi saya tetap dengan pendirian yang tidak boleh melebihkan lakonan. Namun, saya masih menerima tawaran lakonan cuma tidak kerap.

“Sepanjang berkawan dengan rakan-rakan pelakon, saya rasa mereka mempunyai gaya yang berbeza dan saya merasakan saya tidak mampu menjadi pelakon yang berkaliber,” jelas ahli kumpulan Boboy itu.

Tambahnya, dia menganggap bidang lakonan itu adalah ilmu baharu baginya untuk membantu sedikit sebanyak dalam persembahan pentasnya.

Jadi untuk mencipta setiap karakter tertentu yang akan menghidupkan persembahannya, dia perlu terjun ke dalam bidang lakonan supaya dapat mengasah lagi bakat terpendamnya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI