fbpx

EPL: Taktik Brentford perangkap City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN meledak satu gol buat City, namun belum cukup untuk mereka mengekang kemaraan Brentford pada aksi awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola terpaksa mengakui bahawa Brentford adalah pasukan yang lebih baik selepas tunduk 1-2 kepada lawan itu pada aksi di Etihad kelmarin.

Ivan Toney muncul hero buat pelawat apabila menyumbangkan kedua-dua gol Brentford termasuk jaringan kemenangan pada masa kecederaan sekaligus menafikan gol penyamaan City daripada Phil Foden.

“Pasukan lebih baik pasti akan memenangi perlawanan. Kami bergelut untuk mengekang hantaran jauh Brentford apabila penjaga gol mereka David Raya sering menghantar bola kepada penyerang.

“Apabila mereka kehilangan bola, mereka sentiasa turun ke bawah hingga menyukarkan kami. Sebab itu kami gagal mendapatkan rentak dan barisan serangan kami berdepan kesukaran kerana Brentford bertahan dengan baik termasuk menerapkan taktikal tiga pemain tengah ketika bertahan,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan City masih kekal di tangga kedua dengan 32 mata, namun makin digugat Newcastle United yang kini hanya kurang dua mata untuk berada di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.

Dalam masa sama, Guardiola menolak dakwaan yang mengatakan fokus pemainnya terganggu dengan Piala Dunia sebaliknya akui pemainnya belum cukup bagus untuk mendapatkan keputusan lebih baik.

“Agak sukar apabila kami gagal mendapatkan kualiti sebenar dan Brentford jelas pasukan lebih baik. Inilah yang berlaku dalam perlawanan ini dan kami perlu terima keputusannya.

“Saya tidak rasakan Piala Dunia beri gangguan. Masalah utamanya adalah kami gagal menyekat hantaran jauh pasukan lawan. Inilah bola sepak dan saya perlu ucapkan tahniah kepada mereka,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI