fbpx

Jung Woo-sung lawat memorial mangsa Itaewon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNG WOO-SUNG

PELAKON Jung Woo-sung memberi penghormatan buat mangsa tragedi rempuhan Itaewon yang berlaku pada 29 Oktober lalu.

Atas dasar simpati dan terkesan dengan tragedi tersebut, pelakon itu dilaporkan melawat memorial peringatan mangsa untuk berkabung.

“Kami diberitahu bahawa Woo-sung berjumpa dengan keluarga mangsa yang sedang berduka dan cuba untuk menenangkan keadaan mereka.

“Tetapi tidak menunggu lama di sana. Seperti yang dimuat naik dalam Instagram, dia kesal dengan tragedi yang berlaku sehingga menyebabkan lebih 150 orang maut,” ujar agensi Artist Company.

Beberapa selebriti lain seperti Hong Suk-chan, Lee Il-hwa dan Hwang Bo-ra juga dilaporkan melawat memorial peringatan mangsa tragedi Itaewon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI