fbpx

Hujan lebat dijangka di seluruh negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap seluruh negeri sehingga 7 malam nanti.

MetMalaysia berkata, hujan lebat dijangka di seluruh daerah negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Johor.

“Seterusnya, bagi negeri Perak, kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk berkenaan adalah di Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi Terengganu, di daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala Pahang, di daerah Jerantut, Bentong, Bera dan Rompin,” katanya.

Menurutnya, cuaca tidak menentu itu juga bakal melanda beberapa daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Seterusnya, bagi Sarawak adalah di Kuching, Serian (Serian), Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).

“Sabah pula di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Kudat (Kota Marudu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI