DILIHAT mengasyikkan namun aksi ciuman Lee Da-hee bersama aktor Choi Si-won sewaktu penggambaran drama Love Is For Suckers menyebabkan iritasi terhadap kulit muka aktres itu.
Dia mengalami iritasi kerana permukaan kasar sekitar dagu Si-won terkena pada kulitnya.
Kulit aktres tinggi lampai itu kemudian berubah menjadi kemerah-merahan hanya beberapa saat selepas Si-won melakukan babak ciuman tersebut.
Adegan tersebut merupakan ciuman pertama yang dilakukan oleh Si-won dan Da-hee sepanjang terlibat dalam penggambaran drama berkenaan.
Menurut Da-hee, dia sememangnya seorang yang sensitif dengan bulu atau rambut orang lain.